Street Photography Interview Series: #25 Chot Touch (@chottouch)

548
0

Street Photography Interview; Founder Fotografi Jalanan Malaysia (FJM)

Tidak terasa sampai saat ini sudah 25 fotografer dari berbagai penjuru dunia yang telah berhasil kami wawancara. Berbagi pengalaman seputar dunia fotografi, Street Photography khususnya. Kali ini kami meminta kesediaan founder Fotografi Jalanan Malaysia untuk tanya jawab dengan daftar pertanyaan yang cukup berbeda dari seri wawancara terdahulu. Silahkan disimak hasil interview dengan Chot Touch (@chottouch) sebagai berikut:

Ceritakan tentang diri Anda

Hi saya Chot Touch (nama samaran dalam fotografi) berasal dari Kuala Lumpur. Sudah hampir 10 tahun dalam merakamkan gambar fotografi jalanan. Timbulnya idea untuk shot street kerana melihat gelagat pelancong yang datang ke KLCC (ketika itu saya bekerja di KLCC). Disebabkan minat yang terlalu mendalam dengan Street Photography, saya berhenti kerja di sebuah syarikat oil & gas dan buat Street Photography ini sebagai kerjaya utama.

Apa yang Anda rasakan saat pertama kali mengambil foto?

Dalam Street Photography saya banyak belajar sendiri ‘try & error’ kerana pada ketika itu belum ada media social seperti facebook, youtube dan google untuk kita pelajari. Pada ketika itu pada tahun 2007 saya mengunakan lens 80-200mm untuk merakamkan gambar kerana masih takut-takut untuk mengambil gambar subjek secara dekat.

© Chot Touch

Bagaimana fotografi mempengaruhi kehidupan Anda?

Saya mula peka dengan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi yang melibatkan warna, cahaya, bayang-bayang dan benda yang bergerak disekitar saya.

Fotografer seperti apakah Anda ingin dikenal?

Saya ingin dikenali seperti diri saya sendiri dan saya tidak ingin jadi seperti sesiapa pun.

Sebagai salah seorang pendiri Fotografer Jalanan Malaysia, visi apa yang ingin dicapai serta misi apa saja yang dilakukan untuk mencapai visi tersebut?

Tujuan asal saya menubuhkan komuniti group Fotografi Jalanan Malaysia (FJM) adalah untuk mereka yang berminat dengan Street Photography boleh berkongsi gambar, idea dan pendapat. Saya tidak mahu orang yang baru dalam fotografi jadi seperti saya ketika dahulu yaitu keseorangan untuk berkarya dan tidak tahu mana tempat yang mahu ditanya perihal tentang Street Photography.

© Chot Touch

Sejauh mana perkembangan FJM saat ini?

Alhamdulillah. Kini FJM sudah ada 22K ahli dan akan bertambah dari masa ke semasa. FJM telah mula dikenali sebagai group street yang paling aktif di Malaysia. Untuk tahun 2018 sudah ada banyak perancangan yang menarik akan di isi.

Karya Anda belakangan ini sepertinya terpengaruh oleh gaya In-Public, bagaimana Anda menanggapai hal ini?

Saya tidak dipengaruhi dengan mana-mana gaya street kerana saya bermula dengan semuanya tiada lagi dan apa yang anda katakan itu mungkin kebetulan. Dalam Street Photography saya masih mengayakan foto secara klasik dan kadangkala ketemporari bergantung pada kesesuaian tempat lokasi saya berada.

Seandainya Anda dapat mengundang fotografer siapa saja (masih hidup atau sudah meninggal) untuk makan malam, siapa yang ingin Anda undang?

Saya ingin mengenali fotografer yang bernama Alex Webb. Rasa ingin tahu bagaimana dia dapat merakamkan foto layering yang begitu sempurna.

© Chot Touch

Ansel Adams mengatakan “Photography, as a powerful medium of expression and communications, offers an infinite variety of perception, interpretation and execution”. Bagaimana cara Anda menuangkan ide dan berkomunikasi melalui medium fotografi?

Zaman sekarang ini semua orang mempunyai handphone/kamera yang membolehkan semua orang merakamkan gambar. Visual adalah jawapan yang tepat untuk membezakan anda dengan orang lain. Saya lebih suka merakamkan gambar visual secara lebih dekat untuk menampakkan situasi yang berlaku dengan lebih jelas.

Semakin majunya teknologi fotografi serta didukung pesatnya kemudahan untuk memamerkan karya secara online tentu semakin memicu memunculkan karya-karya fotografi yang beragam. Menurut Anda, pada masa seperti ini, apa yang akan menjadi pembeda antara fotografer satu dengan lainnnya?

Perbezaan antara setiap fotografer pada pendapat saya bergantung kepada 3 benda ini yaitu focus, style dan cara anda belajar atau memahami fotografi itu.

Bagaimana cara Anda menikmati suatu karya fotografi?

Setiap kita merakamkan gambar untuk disimpan sebagai kenangan untuk generasi yang akan datang dan disebabkan itu fotografi menduduki tempat yang unik dalam kehidupan setiap orang dan juga sama dengan saya.

Hingga hari ini, saya mengambil gambar sehingga berpuluh ribu. Gambar-gambar ini saya rakamkan bukan sekadar hobi, saya percaya bahawa ia adalah dokumentasi kehidupan kita. Malah dengan merakamkan gambar serba sedikit ia membuat saya hilang stress selepas 5 hari bekerja.

Apa yang menarik dengan fotografi saya bisa sahaja mengambil gambar apa sahaja yang saya kehendaki, dan kemudian saya olah atau menyusun mana-mana subjek mengikut idea yang masuk ke dalam fikiran saya, membiarkan sisi artistik saya berjalan liar.

© Chot Touch

Apa pesan yang ingin disampaikan melalui karya – karya Anda?

Saya cuba menyampaikan mesej inilah realiti kehidupan sebenar kehidupan warga kotaraya seperti Kuala Lumpur.

Tujuan apa yang ingin Anda capai melalui fotografi?

Tujuan saya ber fotografi adalah sekadar hobi dan dapat bersahabat dengan ramai orang. Harapan saya di Malaysia akan lebih ramai yang meminati street photo dari masa ke semasa.

Seandainya diberikan kesempatan untuk berkunjung ke masa lalu, siapa fotografer yang ingin Anda temui untuk berdiskusi?

Sudah tentunya Vivian Maier!

Bagaimana pandangan Anda mengenai perkembangan Street Photography Indonesia?

Saya lihat Street Photographer di Indonesia semakin bagus dan 2 nama ini sentiasa saya ingat kerana gambar-gambar mereka begitu banyak like di group Street Photography luar. Mereka yang saya maksudkan ialah Chris Tuarissa dan Sam Bara. Sudah pasti dengan 2 orang ini menunjukkan benchmark Street Photography di Indonesia semakin meningkat.

© Chot Touch
© Chot Touch
© Chot Touch
© Chot Touch
© Chot Touch

Instagram

Achievements

– First Solo Exhibition organised by Homegrown Malaysia
from 25 Oct to 1 Nov 2009

– Asia 3 Icon – Singapore
16 May 2010

– Book Launch – Judul buku: Haluan Kiri
4 July 2010

-Pentax & Ricoh Ambassador (Malaysia)
2012

Foto saya juga telah banyak diterbitkan dalam pelbagai akhbar dan majalah di Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.